Senin, 10 Juni 2013

Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut


Iblis dan Syaitan akan sentiasa
mengganggu manusia, bermula
dengan memperdayakan manusia
dari terjadinya dengan setitik mani
hinggalah ke akhir hayat mereka,
dan yang paling dahsyat ialah
sewaktu akhir hayat iaitu ketika
sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia
sewaktu sakaratul maut disusun
menjadi 7 golongan dan
rombongan.Hadith Rasulullah
s.a.w.. menerangkan:Yang
bermaksud: “Ya Allah aku
berlindung dengan Engkau
daripada perdayaan Syaitan di
waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan
banyaknya dengan berbagai rupa
yang pelik dan aneh seperti emas,
perak dan lain-lain, serta sebagai
makanan dan minuman yang lazat-
lazat.
Maka disebabkan orang yang di
dalam sakaratul maut itu di masa
hidupnya sangat tamak dan loba
kepada barang-barang tersebut,
maka diraba dan disentuhnya
barangan Syaitan itu, di waktu itu
nyawanya putus dari tubuh. Inilah
yang dikatakan mati yang lalai dan
lupa kepada Allah s.w.t. inilah
jenis mati fasik dan munafik, ke
nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang
yang didalam sakaratul maut itu
merupakan diri sebagai rupa
binatang yang di takuti seperti,
Harimau, Singa, Ular dan Kala yang
berbisa. Maka Apabila yang sedang
didalam sakaratul maut itu
memandangnya saja kepada
binatang itu, maka dia pun
meraung dan melompat sekuat
hati.
Maka seketika itu juga akan
putuslah nyawa itu dari badannya,
maka matinya itu disebut sebagai
mati lalai dan mati dalam keadaan
lupa kepada Allah s.w.t., matinya
itu sebagai Fasik dan Munafik dan
ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan
memperdayakan orang yang di
dalam sakaratul maut itu dengan
merupakan dirinya kepada
binatang yang menjadi minat
kepada orang yang hendak mati
itu, kalau orang yang hendak mati
itu berminat kepada burung, maka
dirupai dengan burung, dan jika
dia minat dengan Kuda lumba
untuk berjudi, maka dirupakan
dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan
ayam sabung, maka dirupakan
dengan ayam sabung yang cantik.
Apabila tangan orang yang hendak
mati itu meraba-raba kepada
binatang kesayangan itu dan waktu
tengah meraba-raba itu dia pun
mati, maka matinya itu di dalam
golongan yang lalai dan lupa
kepada Allah s.w.t.. Matinya itu
mati Fasik dan Munafik, maka
nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan
dirinya sebagai rupa yang paling
dibenci oleh orang yang akan mati,
seperti musuhnya ketika hidupnya
dahulu maka orang yang di dalam
sakaratul maut itu akan
menggerakkan dirinya untuk
melakukan sesuatu kepada musuh
yang dibencinya itu. Maka sewaktu
itulah maut pun datang dan
matilah ia sebagai mati Fasik dan
Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan
dirinya dengan rupa sanak-saudara
yang hendak mati itu, seperi ayah
ibunya dengan membawa makanan
dan minuman, sedangkan orang
yang di dalam sakaratul maut itu
sangat mengharapkan minuman
dan makanan lalu dia pun
menghulurkan tangannya untuk
mengambil makanan dan minuman
yang dibawa oleh si ayah dan si
ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu
“Wahai anakku inilah sahaja
makanan dan bekalan yang kami
bawakan untukmu dan berjanjilah
bahawa engkau akan menurut kami
dan menyembah Tuhan yang kami
sembah, supaya kita tidak lagi
bercerai dan marilah bersama kami
masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut
pelawaan itu dengan tanpa berfikir
lagi, ketika itu waktu matinya pun
sampai maka matilah dia di dalam
keadaan kafir, kekal ia di dalam
neraka dan terhapuslah semua
amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan
dirinya sebagai ulamak-ulamak
yang membawa banyak kitab-kitab,
lalu berkata ia: “Wahai muridku,
lamalah sudah kami menunggu
akan dikau, berbagai ceruk telah
kami pergi, rupanya kamu sedang
sakit di sini, oleh itu kami bawakan
kepada kamu doktor dan bomoh
bersama dengan ubat untukmu.”
Lalu diminumnya ubat, itu maka
hilanglah rasa penyakit itu,
kemudian penyakit itu datang
kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang
menyerupai ulamak dengan
berkata: “Kali ini kami datang
kepadamu untuk memberi nasihat
agar kamu mati didalam keadaan
baik, tahukah kamu bagaimana
hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam
sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan:
“Ketahuilah, aku ini adalah
seorang ulamak yang tinggi dan
hebat, baru sahaja kembali dari
alam ghaib dan telah mendapat
syurga yang tinggi. Cubalah kamu
lihat syurga yang telah disediakan
untukmu, kalau kamu hendak
mengetahui Zat Allah s.w.t.
hendaklah kamu patuh kepada
kami.”
Ketika itu orang yang dalam
sakaratul maut itu pun
memandang ke kanan dan ke kiri,
dan dilihatnya sanak-saudaranya
semuanya berada di dalam
kesenangan syurga, (syurga palsu
yang dibentangkan oleh Syaitan
bagi tujuan mengacau orang yang
sedang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang yang sedang
dalam sakaratul maut itu bertanya
kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan
merasa gembira apabila jeratnya
mengena .
Lalu berkata ulamak palsu:
“Tunggu, sebentar lagi dinding dan
tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi
selapis tirai yang berwarna warni
itu, maka orang yang dalam
sakaratul maut itu pun dapat
melihat satu benda yang sangat
besar, seolah-olah lebih besar dari
langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat
Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul
maut: “Wahai guruku, bukankah ini
benda yang benar-benar besar,
tetapi benda ini mempunyai jihat
enam, iaitu benda besar ini ada di
kirinya dan kanannya, mempunyai
atas dan bawahnya, mempunyai
depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak
menyerupai makhluk, sempurna
Maha Suci Dia dari sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain
pula keadaannya dari yang di
ketahui dahulu. Tapi sekarang
yang patut aku sembah ialah
benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat
Maut pun datang dan terus
mencabut nyawanya, maka matilah
orang itu di dalam keadaan
dikatakan kafir dan kekal di dalam
neraka dan terhapuslah segala
amalan baik selama hidupnya di
dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh
ini Syaitan terdiri dari 72 barisan
sebab menjadi 72 barisan ialah
kerana dia menepati Iktikad
Muhammad s.a.w. bahawa umat
Muhammad akan terbahagi kepada
73 puak (barisan). Satu puak
sahaja yang benar (ahli sunnah
waljamaah) 72 lagi masuk ke
neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu
akan mengacau dan mengganggu
anak Adam dengan 72 macam yang
setiap satu berlain di dalam waktu
manusia sakaratul maut. Oleh itu
hendaklah kita mengajarkan
kepada orang yang hampir
meninggal dunia akan talkin Laa
Ilaaha Illallah untuk
menyelamatkan dirinya dari
gangguan Syaitan dan Iblis yang
akan berusaha bersungguh-
sungguh mengacau orang yang
sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith
yang bermaksud: “Ajarkan oleh
kamu (orang yang masih hidup)
kepada orang yang hampir mati
itu: Laa Ilaaha Illallah.”
SUMBER: Informasi.my

1 komentar:

  1. ASSALAMU ALAIKUM WR-WB KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN AKI,JATI LUHUR KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL JITU YANG AKI,BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 380 JUTA ALHAMDULILLAH, SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN MOBIL WALAUPUN SAYA CUMA PNS GOLONGAN 1B.INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI, JATI LUHUR KARENA APAPUN KEADAAN ANDA JANGAN PERNAH BERPUTUS ASAH KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN AMIN.

    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI JATI LUHUR DI NMR +62852-2948-7855 ATAU KUNJUNGI WEPSITE (KLIK) www.uangghaib.webs.com SAYA SUDAH BUKTIKAN 3X THNKS ROOMX SOBAT

    BalasHapus